Hiking di Lata berembun ,Gua Kambing,Gunung Berembun , Aircraft Crashed Site, Gunung Telapak Buruk




                      Assalamualaikum and hello to everyone !!!
Finally I Made It!!! Hiking di Gunung Tertinggi Di Negeri 9.


1.Lata Berembun
(8.20 pg - 9.05 pg)

2.Gua Kambing
(9.10pg - 10.10pg)

3.Puncak Gunung Berembun
(10.25pg - 11.16 pg)

4. Aircfraft Crashed Site
(11.30 pg - 12.58 tghari )

5. Turun dari puncak
(1.30 tghari - 4.30 ptg )

average distance 20 km / 8jam


Fyi kaki and badan masih terasa getaran impact daripada hiking gunung berembun ni setelah lama berehat dari panjat gunung. Last hiking saya dekat Sinai/Jabal Musa,Saint Catherine ,Egypt berketinggian 2,285 m (7,497)dari aras laut.  Berbeza pula dengan ketinggian gunung berembun yang   mempunyai ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut .


Yaaaa memang sangat jauh beza ketinggian dia kan? Walaupun ketinggian dia mempunyai perbezaan yang jauh TAPI...........kene lihat pulak pada struktur track nye pulak. Walaupun ketinggian Gunung Sinai lebih tinggi akan tetapi track nye x extreme macam hutan hujan tropika kerana track dia santai je bole tengok sendiri dkt gambar sy share di bawah .



 okay la stop cerita pasal Sinai.


Now we direct to hiking di Lata Berembun , Gua Kambing , Gunung Berembun , Aircraft Crashed Site dan Gunung Telapak Buruk.

 Saya nasihatkan  sebelum hiking di bukit/gunung macam ni perlukan stamina and mental yang kuat. Sediakan bekalan secukupnya seperti makanan manis kurma ke gula ke and bawaklah setiap sorang tu sebotol mineral,bukan RO ye and 100 plus active . Pastikan pakaian windbreaker and berkasut yang mempunyai cengkaman kuat sebab banyak cerunan yang akan didaki.


 Kami empat sekawan yang x merancang untuk mendaki mana-mana gunung telah memilih di dalam peta Negeri 9 ini Gunung Berembun . 

Bermula lah perjalanan kami dari Melaka Jam 2 pagi dan setibanya di Kg Pantai Jelebu Jam 3.30 pg. 

Setelah Kami usya2 jalan nk ke entrance Gunung Berembun dkt mana , so kami decide untuk pergi makan dulu sebab lapar . Selepas makan dekat restaurant gangster , jam telah beralih pada 4.30 pg dan kami bergerak ke Masjid Kariah pantai untuk tidur sebentar sebelum subuh .

 Setelah solat subuh berjemaah kami ambil masa berehat lagi sehingga 7.30 pg.

8.00 pg kami sampai di entrance Gunung Berembun 

Kami bayar permit RM5 per person.
So lepas da siapkan diri kami pun Mulakan pendakian bermula Jam 8.20 pg .Panjang sangat gap masa kami tu kan ? bukan sebab mcm perempuan ye siap lambat tapi ade hal2 tertentu .





 eh eh ade terselit pulak 



Okay 8.20 pagi start pendakian .
awal2 jalan die agak mudah haha tapi tu semua fake hope jangan cepat percaya . Perjalan nak ke Lata Berembun dalam 45 minit lebih kurang . 

9.05 minit kami tiba di checkpoint pertama iaitu Lata Berembun 

1.Lata Berembun
(8.20 pg - 9.05 pg)








ok so ni target kitorang lepas turun nk berendam dkt sini la tp......



Kami teruskan perjalan 9.10 pg ke check point seterusnya iaitu Gua Kambing

2.Gua Kambing
(9.10pg - 10.10pg)
bermula lah cabaran 

Sign menunjukkan gunung berembun ya..not state any distance...kami fikir dah nak sampai puncak tp belum hahaha

Setelah sejam berlalu di dalam kesamaran rimbunan pokok2 hutan ,terdengar grup first uncle & Aunty panggil " sikit lagi , sikit lagi ...'' haha dalam hati kami ingatkan da sampai puncak gunung berembun


so kite break skjp...before teruskan ke check point ke 3. seronoknya berhenti dekat sini kami dapat berehat sambil minum air dan makan buah apa tah nama...tapi buah tu rasa mcm manggis n bentuk pun mcm manggis cuma warna oren. Yesss da dapat tau buah tampui




okay ke checkpoint seterusnya ...

3.Puncak Gunung Berembun
(10.25pg - 11.16 pg)





alhamdulillah ade orang wakafkan tikar getah bole la kami berehat sebentar bersama kitkat.

seterusnya checkpoint ke 

4. Aircfraft Crashed Site
(11.30 pg - 12.58 tghari )

setelah hampir 1 jam 30 minit kami turun naik puncak akhirnya tiba jua ke matlamat kami iaitu Aircraft crashed site dimana ade kisah disebalik jatuhnya pesawat ini. Sehingga sekarang kepala pesawat masih belum ditemui.

Okay sampai sahaja sini kami berehat memang letih sangat dah haha...kitorang ingatkan serpihan yang lain ade dkt checkpoint yg seterusnya ...

dah separuh jalan jumpa lagi grup uncle and aunty tu..

die jerit dari jauh katanya pusing balik sebab kami sedang menuju pada puncak gunung telapak buruk..yang serpihan kapal tu kene turun dekat tepi sign board ni...ade tali disediakan..

so buang tenaga sebanyak 500 m... kami pun berpatah balik..


                           
Sebuah bangkai pesawat pengebom B-24 dilaporkan dijumpai di gunung tersebut. pesawat pengebom RAF B-24 Liberator (KL654R) yang membawa lapan kru berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas pada 23 Ogos 1945 ketika Perang Dunia Kedua.





okay last checkpoint adalah puncak gunung telapak buruk yang mana memakan masa dalam satu jam dari aircraft crashed site ni...but we decide untuk turun terus memandangkan jam menunjukkan 1.30 tgahari . Target untuk mandi di lata berembun around 4 pm but unfortunately ? we didnt mandi pun sbb keletihan melampau..dengan nak mandi solat dan sebagainya.

overall memang puas hati and seronok TAPI mental kene kuat untuk kaki mampu bertahan sehingga sampai ke entrance semula .

average distance 20km / 8 jam . Make sure naik pagi sebab nanti x keliru sangat masa nak turun coz laluan pd ptg tu dah mula gelap. 1 more thing always recite bismillah every single step kita and doa semoga tidak berlaku apa2 musibah kpd kita.

Selamat Mendaki and have a nice day !!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kessuma

Runner Ayer Molek Melaka